LIMBANG – Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Buluh Balui di sini musnah terbakar pagi tadi. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 6.47 pagi. Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bomba kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja memadam kebakaran. “Sebaik tiba di kampung berkenaan, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah dua tingkat jenis struktur separuh kekal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya