Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Peribahasa ini sentiasa bermain di bibir setiap kali kita memperkatakan kejayaan seseorang yang dianggap luar biasa atau mungkin, sesuatu itu tidak seharusnya berlaku. Kisah perenang muda Singapura, Joseph Schooling yang berjaya menumpaskan atlet dari Amerika Syarikat, Michael Phelps dalam acara final 100 meter kuak kupu-kupu pada Sukan Olimpik Rio dua tahun lalu masih diingati ramai. Phelps bukan sebarangan atlet. Dia legenda di kolam renang bahkan menjadi idola Schooling yang lebih muda 10 tahun daripadanya. Bersaing dalam satu acara dan menumpaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya