WASHINGTON 25 Mei – Presiden Donald Trump mempertimbangkan untuk mengadakan semula persidangan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, walaupun baharu semalam membatalkannya. Menurut Trump, AS sedang berhubung dengan Korea Utara dan memaklumkan, negara itu mahu mengadakan persidangan itu. “Kita tengok apa yang akan berlaku,’’ kata Trump yang mengalu-alukan kesediaan Korea Utara untuk berbincang semula dengan AS `pada bila-bila masa’. Beliau berkata, persidangan itu mungkin akan diadakan pada tarikh asal iaitu pada 12 Jun di Singapura. – AFP habis.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya