WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata semalam, beliau akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada 12 Jun depan di Singapura untuk sidang kemuncak pertama antara pemimpin kedua-dua negara itu. “Pertemuan yang sangat dinantikan antara Jong-un dan saya akan berlangsung di Singapura pada 12 Jun. Kami akan cuba menjadikannya masa yang sangat istimewa untuk Keamanan Dunia!” kata Trump di Twitter. Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan program pembangunan dan ujian senjata nuklear Korea Utara, yang telah sekian lama mencetuskan ketegangan antara Washington dan Pyongyang. Pengumuman Trump itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya