WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin memaklumkan beliau akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un buat pertama kalinya dalam sidang kemuncak bersejarah di Singapura pada 12 Jun nanti. Lokasi dan tarikh mesyuarat tersebut diumumkan melalui laman Twitter milik Trump selepas beberapa jam beliau menyambut ketibaan tiga orang rakyat AS yang dibebaskan daripada tahanan Pyongyang. “Kami berdua akan cuba menjadikan pertemuan bersejarah ini sebagai satu detik paling istimewa untuk keamanan dunia,” kata Trump di Twitter. Mesyuarat tersebut dijangka berlangsung selama sehari yang akan membincangkan mengenai program senjata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya