SEOUL 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In hari ini membincangkan ancaman Korea Utara untuk membatalkan sidang kemuncak pertamanya dengan Washington, kata pejabat Presiden Seoul. Menurut agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA, selepas beberapa minggu hubungan diplomatik berjalan dengan lancar, Pyongyang secara tiba-tiba mengancam untuk menarik diri daripada sidang kemuncak pada bulan hadapan berikutan AS mendesaknya agar melucutkan senjata nuklear. Korea Utara turut membatalkan pada saat akhir rundingan peringkat tinggi dengan Korea Selatan, sebagai membantah latihan tentera bersama antara Seoul dan Washington.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya