WASHINGTON 10 Mei – Presiden Donald Trump mengesahkan melalui Twitter akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Singapura pada 12 Jun ini. “Mesyuarat yang dinanti-nantikan antara saya dan Jong-un akan diadakan pada 12 Jun ini. Kami akan cuba menjadikan pertemuan itu sebagai saat istimewa untuk keamanan dunia!,” kata Trump. Baru-baru sumber pentadbiran negara ini memaklumkan, pihaknya telah diarahkan untuk meneruskan rancangan mengadakan persidangan bersejarah antara kedua-dua pemimpin itu di Singapura. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya