SEOUL 24 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan sidang kemuncak bersama Korea Utara yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan di Singapura. Menurut Trump menerusi surat kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un: “Malangnya, berpandukan kemarahan dan permusuhan terbuka yang ditunjukkan dalam kenyataan terbaharu anda, saya rasa adalah tidak sesuai untuk mengadakan mesyuarat berkenaan”. Trump menyifatkan pembatalan itu ibarat ‘peluang yang terlepas’ dan berharap suatu hari nanti beliau dapat berjumpa Jong-un. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya