KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkata, transaksi tanah bagi pembangunan hab pendidikan yang dilakukannya memenuhi semua syarat tadbir urus dan undang-undang yang berkaitannya. BNM Dalam kenyataan di sini, bank pusat itu berkata, ia telus dalam urusan berkenaan. BNM berkata demikian bersabit liputan media dalam negara dan antarabangsa baru-baru ini mengenai pembelian tanah berkenaan. Menurut Bank Negara ia sudah memberikan maklumat mengenai transaksi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk tujuan kajian bebas dan menyeluruh. “Pembelian tanah itu berlandaskan prinsip tulus dan dibeli pada harga wajar yang ditentukan oleh jurunilai hartanah bebas,” katanya. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya