JOHOR BAHRU 14 Mei – Muafakat itu berkat. Kenyataan yang di muat naik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi. Kenyataan ringkas itu seakan ditujukan kepada Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Osman Sapian yang mengeluarkan kenyataan berhasrat menukar moto Muafakat Johor kepada Harapan Johor, semalam. “Slogan yang telah digunakan sejak sekian lama iaitu semenjak tertubuhnya negeri Johor pada tahun 1885,” kata Tunku Ismail. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya