KOTA BHARU 14 Mei – Markas 8 Briged Infantri perlu memberikan tumpuan kepada aspek keselamatan di sempadan serta meningkatkan hubungan dengan agensi-agensi yang terlibat bagi memastikan perbatasan negara tidak dibolosi oleh anasir luar. Bekas Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Nazari Abd.Hadi berkata, terdapat 129 pangkalan haram di sempadan negara di sepanjang Sungai Golok yang digunakan oleh penyuludup. Beliau bagaimanapun berkata, tugasan untuk mengawal sempadan itu dijalankan dengan baik oleh anggota-anggotanya, namun mereka tidak boleh leka kerana ancaman sentiasa wujud. “Sudah hampir dua tahun saya bersama warga 8 Briged, pelbagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya