JOHOR BAHRU 11 Mei – Sebanyak tiga nama dicadangkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Menteri Besar yang baharu untuk mengetuai kerajaan baharu Johor pimpinan Pakatan Harapan. Antara nama yang dipertimbangkan untuk jawatan Menteri Besar adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, Salahudin Ayub, ADUN Kempas, Osman Sapian dan ADUN Parit Yani, Aminulhuda Hassan. Salahudin merupakan Timbalan Presiden PAN, Aminulhuda pula Pengerusi PAN Johor manakala Osman pula Setiausaha PPBM negeri. Senarai nama tersebut dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya