LAZIMNYA, dianggap sebagai one hit wonder atau sekadar popular dengan sebuah lagu merupakan perkara terakhir yang terlintas dalam fikiran mana-mana penyanyi berbakat. Cuma, lain pula ceritanya dengan penyanyi yang semakin mencipta nama, Syafiq Farhain kendatipun menyedari single terbaharunya yang berjudul Kamar Hati disifatkan tidak sebegitu menyengat berbanding debut pertamanya, Sayang Maafkan Aku yang pernah memukau khalayak sedikit masa lalu. Menyifatkan Kamar Hati memerlukan lebih banyak masa untuk menyaingi kekuatan lagu Sayang Maafkan Aku, pemilik nama sebenar Nursyafiq Farhain AM Salim, 24, sentiasa reda dengan pasang surut rezekinya dalam bidang seni.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya