PUTRAJAYA 19 Mei – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden pesawat terhempas di Cuba yang mengorbankan 107 penumpang semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menzahirkan ucapan takziah serta rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga yang terlibat. “Ingatan dan doa kami adalah bersama rakyat Cuba dalam situasi sebegini,” katanya di sini hari ini. Pesawat Boeing 737-200 yang membawa 110 penumpang itu dilaporkan terhempas di lokasi antara Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Marti dan Santiago de Las Vegas di Cuba pada pukul 12.08 petang waktu tempatan. Dilaporkan juga daripada 110…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya