SIBU 19 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sibu tidak akan berkrompomi terhadap peniaga yang tidak mematuhi arahan meletakkan tanda harga ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini. Ketua KPDNKK Cawangan Sibu, Roslee Maslie berkata, peniaga yang didapati gagal mematuhi arahan akan berhadapan dengan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga (Pindaan Kawalan Harga dan Penandaan Harga Peniaga Runcit 1993). “Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000. “Bagi syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjalankan pemeriksaan ke atas seramai 43 peniaga di bazar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya