YANGON 9 Mei – Tiga orang termasuk seorang tentera Myanmar ditahan kerana memiliki pil syabu bernilai AS$3.6 juta (RM14.3 juta) di utara negeri Rakhine. Tentera berkenaan, Aung Kyaw Naing dan seorang penduduk kampung, Aung Than Htay ditahan di pusat pemeriksaan di kawasan perbandaran Rathedaung kelmarin kerana memiliki hampir 200,000 pil syabu berbentuk tablet. Polis kemudiannya menyerbu rumah ibu kepada Than Htay dan menemui lapan beg mengandungi 1.7 juta pil syabu bernilai AS$3.6 juta (RM14.3 juta). Ketiga-tiga mereka ditahan di stesen polis tempatan sementara menunggu tindakan undang-undang dijalankan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya