DAMSYIK 10 Mei – Israel mendakwa pasukan tentera Iran melancarkan serangan roket ke arah kedudukan tentera di kawasan yang didudukinya di Bukit Golan. Menurut sumber, pasukan Pengawal Revolusi Iran melancarkan kira-kira 20 roket ke arah tentera Israel pada awal pagi ini dan ada di antaranya berjaya dipintas, tetapi tiada sebarang kecederaan atau kematian dlaporkan setakat ini. Pada awal minggu ini, Israel berkata, pihaknya berjaya mengesan beberapa aktiviti ‘luar biasa’ dilakukan tentera Iran di kawasan tersebut. Sehubungan itu, Israel menempatkan pasukan tenteranya di kawasan berkenaan, selain menggesa penduduk awam mendapatkan perlindungan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya