PARIS 22 Mei – Selama berdekad lamanya, pakar memberi amaran bahawa makan telur akan meningkatkan tahap kolesterol tidak sihat. Namun, satu kajian dilakukan hari ini mendedahkan bahawa makan telur sekali sehari akan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Walaupun sebahagian pakar memberi amaran supaya tidak terlalu mempercayai kajian itu, namun penulisnya mendakwa golongan dewasa dari China yang makan telur setiap hari mempunyai tahap penyakit kardiovaskular (CVD) rendah. Telur dikatakan kaya dengan kolesterol diet dan sudah lama dikaitkan dengan risiko CVD yang tinggi, tetapi juga mengandungi protein serta vitamin penting.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya