MACAM baru keluar dari ‘medan perang’. Analogi ini sengaja abang hensem titipkan dalam ruang santai ini kerana baru seminggu kebelakangan ini sahaja abang hensem terasa dapat ‘mendakap semula’ kawan-kawan abang hensem. Kenapa pula ya macam tu? Ya lah sejak bermula kempen pilihan raya umum selama 11 hari hingga masuk hari mengundi 9 Mei lalu, ditambah seminggu lagi kemudian untuk ‘waktu meraikan’, tak habis-habislah laman Facebook abang hensem ‘dikawal’ dengan komen yang bukan-bukan. Ada ulasan berunsur takbur, angkuh. Tidak kurang juga berbaur sinikal bersekali dendam. Memaki apatah lagi. Tidak perlu abang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya