DALAM kehidupan masyarakat sekarang, penyebaran berita adalah di hujung jari. Masyarakat mudah menerima berita dan menyebarkannya. Kemajuan teknologi komunikasi memungkinkan fenomena ini dengan wujudnya aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, Twitter, Facebook, Instagram dan lain-lain. Kemajuan teknologi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mengetahui dan menyebarkan berita dalam dan luar negara dengan mudah, cepat dan terkini. Walaupun begitu, pihak tidak bertanggungjawab juga mengambil peluang dengan kecanggihan teknologi untuk menyebarkan kepentingan mereka. Pihak yang mempunyai agenda ini sanggup menyebarkan fitnah, cerita palsu, serangan peribadi terhadap sasaran mereka. Propaganda mereka akan menjadi tular dalam masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya