KUALA LUMPUR 18 Mei – Sebuah syarikat keselamatan didenda RM3,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal membayar upah kerja lebih masa dan pada hari kelepasan am kepada empat pekerja, dua tahun lalu. Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman denda itu terhadap syarikat Shelter Security Services Sdn. Bhd. yang diwakili pengarah urusannya, Zainal Abidin Md. Kasim selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan itu. Mahkamah turut memerintahkan OKS untuk menjalani hukuman penjara selama 39 hari jika gagal membayar denda itu. OKS membayar denda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya