SEREMBAN – Penceramah motivasi popular, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat meletak semua jawatan dalam UMNO berikutan kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Syamsul Debat, 41, berkata, beliau melepaskan jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Pancor, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pancor dan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia. “Ikhlas buat semua rakan-rakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Seremban. “Mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dalam PRU-14 yang lalu, maka dengan ini saya meletakkan semua jawatan saya dalam UMNO,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya