SEREMBAN – Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat, 41, menjelaskan beliau masih bersama UMNO walaupun bertindak melepaskan jawatan yang disandang dalam parti itu. Menurutnya, ramai pihak salah faham beliau keluar UMNO berikutan kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook rasminya ‘Syamsul Amri Ismail Official’ hari ini. “Saya masih bersama UMNO. Saya cuma lepaskan jawatan saya dalam parti itu bagi memberi laluan kepada individu lain. “Saya diminta bertanding pemilihan UMNO akan datang, tetapi saya sibuk dengan jadual ceramah dan mahu menumpukan perhatian kepada Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM),” katanya ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya