KUALA LUMPUR 23 Mei – Susur keluar di persimpangan Salak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban akan ditutup sementara bermula hari ini hingga Isnin hadapan pada pukul 11 malam hingga 5.30 pagi. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Anih Berhad berkata, susur keluar yang terlibat adalah dari Taman Desa ke Pusat Bandar dan dari Cheras ke Seremban bagi kerja-kerja menaik taraf jalan. “Pengguna dinasihatkan mengikuti laluan alternatif yang disediakan dan mematuhi arahan tanda trafik di lokasi berkenaan,” katanya. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian bantuan KLS, 03-91732020. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya