KUALA LUMPUR 19 Mei – Seorang penjenayah yang merupakan saki baki daripada kes samun sebuah kedai emas di Atria Shopping Mall, Damansara semalam berjaya ditumpaskan polis di Bukit Beruntung dekat sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 1 pagi tersebut, sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengejar sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki suspek iaitu seorang lelaki berumur 22 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketika sampai di kawasan Tesco di Bukit Beruntung,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya