SHAH ALAM – Kegiatan sepasang suami isteri menjadikan sebuah apartmen di Setia Alam sebagai tempat memproses dadah jenis ganja sejak dua tahun lalu berakhir selepas diserbu polis baru-baru ini. Dalam serbuan pukul 5.30 petang pada 5 Mei lalu, suami isteri yang ditahan berusia 36 dan 37 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Amarjit Singh Cher Singh berkata, siasatan awal mendapati modus operandi pasangan suspek itu menggunakan platform laman sosial Facebook bagi mempromosikan penjualan cecair ganja. Katanya, cecair ganja itu dijual dalam botol pada harga RM140 dan picagari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya