PETALING JAYA 17 Mei – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan sejumlah wang milik Yayasan Budi Penyayang melebihi RM2 juta, lapan tahun lalu. Helmy Abdul Halim, 43, dan isterinya Shanizarina Shamsuddin, 43, yang merupakan eksekutif kanan pentadbiran dan kewangan di yayasan tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah. Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Shanizarina didakwa telah melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM1,085,296 dengan cara menyalahgunakan harta tersebut untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya