JALALABAD 19 Mei – Sebanyak lapan individu terbunuh selain 45 tercedera dalam satu siri letupan yang menyasarkan sebuah perlawanan kriket di bandar Jalalabad, timur Afghanistan, kata pegawai hari ini, yang merupakan serangan pertama sejak bulan Ramadhan bermula. Menurut pegawai gobenor daerah, ledakan berkenaan meletup dalam kalangan penonton yang datang ke stadium kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan, petang semalam ketika menyaksikan perlawanan tempatan ‘Piala Ramadan’. Tiada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi kumpulan Taliban memaklumkan bahawa mereka tidak terlibat melalui satu pesanan Whatsapp. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya