KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam membuat serbuan di Menara Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak di sini dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar kecil). ABDUL AZEEZ Kosmo! difahamkan, sekumpulan pegawai penyiasat SPRM telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak atasan TH bagi membantu siasatan kes berkenaan. Bagaimanapun, kehadiran pegawai SPRM gagal dihidu pihak media yang sudah mula berkampung di pintu masuk dan keluar di Menara TH sejak pukul 8 pagi hingga 5 petang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya