PASIR MAS 22 Mei – Seorang pemuda berusia 20-an sanggup menipu dengan menunaikan solat isyak berjemaah semata-mata mahu mencuri sebuah motosikal milik jemaah di Masjid Al-Hanan, Tendong di sini kelmarin. Kehilangan motosikal jenis Honda Ex-5 itu diketahui selepas pemiliknya memaklumkan kejadian itu kepada ahli jawatankuasa masjid. Setiausaha masjid, Ab. Razak Ahmad berkata, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, pihaknya terus memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di masjid berkenaan. Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati seorang pemuda yang memakai baju merah dan bersongkok telah turun dari masjid sejurus menunaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya