BANGKOK – Skuad badminton negara gagal meloloskan diri ke peringkat suku akhir Piala Uber selepas tewas mudah 1-4 kepada juara bertahan China di Impact Arena di sini hari ini. Ia merupakan kekalahan kedua pasukan wanita negara selepas kecundang 2-3 di tangan Indonesia semalam, selepas mengharungi dua perlawanan. Pada aksi hari ini, China mengutip mata pertama menerusi pemain perseorangan, Chen Yufei yang terpaksa berhempas pulas dalam permainan tiga set, sebelum menundukkan pemain negara yang tinggi lampai, Sonia Cheah. Pemain perseorangan negara bermula baik dengan memenangi set pertama 21-18, tetapi terpaksa mengalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya