WAKAF. Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota 2, Setapak. Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut melancarkan program Wakaf Pembangunan Musala untuk menaik taraf surau sekolah berkenaan baru-baru ini. Pelancaran dana pembangunan surau tersebut bertujuan untuk meningkatkan keselesaan warga SK Danau Kota 2 menunaikan solat berjemaah. Surau berkenaan turut dijadikan ruang pembelajaran kepada para pelajar misalnya bagi kelas mengaji al-Quran. Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh menghubungi penyelaras program tersebut, Mohamad Fitri Mohd. Zahir di talian 019-5912 994.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya