BANGKOK – Sindiket pemerdagangan manusia didapati menggunakan bas ekspres yang diubah suai khusus untuk mengangkut pendatang tanpa izin etnik Rohingya dari Bangkok ke wilayah selatan berhampiran sempadan Thailand-Malaysia sebelum menyeludup mereka ke Malaysia. Polis Thailand yang mengadakan operasi semalam, mendapati beberapa bas ekspres yang berulang-alik bagi laluan Bangkok-Hatyai diubah suai dengan mewujudkan ruang rahsia untuk menempatkan pendatang tanpa izin Rohingya bagi perjalanan ke selatan. “Kami dapati bas ini mempunyai ruang khas untuk menyembunyikan etnik Rohingya untuk diperdagangkan ke wilayah selatan. (Sebaik tiba di selatan) Mereka (pemerdagang) akan menyerahkan etnik Rohingya ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya