SEMEMANGNYA kita boleh memahami masih ramai dalam kalangan pemimpin, ahli dan penyokong UMNO belum ‘kebah’ akibat kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). UMNO bukan sahaja gagal mengekalkan 89 kerusi yang dimenanginya pada PRU-13, malah paling memeritkan ‘empayar kehilangan kuasa’ Barisan Nasional (BN) bukan lagi setakat di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tetapi sudah menjalar ke Kedah, Perak, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Johor. BN kini hanya menjadi kerajaan di Perlis, Pahang dan Sarawak. Di peringkat pusat, BN yang memerintah sejak merdeka kini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya