SEOUL 25 Mei – Sidang kemuncak dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dijadualkan bulan depan, masih boleh diadakan, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sehari selepas membatalkannya. Beliau memberitahu para wartawan di White House selepas mengalu-alukan kenyataan terbaharu negara komunis itu sebagai ‘berita yang sangat baik.’ Korea Utara sebelum ini berkata, pihaknya sedia berbincang dengan AS ‘pada bila-bila masa’ meskipun Trump secara tiba-tiba membatalkan sidang berkenaan. Presiden AS itu menyalahkan ‘perseteruan secara terbuka’ yang dilakukan rejim Korea Utara sebagai punca beliau menangguhkan perbincangan yang dirancang dengan Kim Jong-un…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya