KUALA LUMPUR 28 Mei – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membawa isu penyiaran Piala Dunia 2018 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk dibincangkan ke Kabinet Rabu ini. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, acara antarabangsa yang ditonton segenap lapisan masyarakat itu sepatutnya disiarkan di RTM supaya rakyat dapat menikmatinya secara langsung dan percuma. “Saya akan bawakan perkara ini ke Kabinet Rabu ini untuk mendapatkan kebenaran siaran langsung Piala Dunia 2018 yang bermula 14 Jun ini di RTM. “Ia juga merupakan salah satu langkah mempromosikan semula RTM yang merupakan stesen televisyen kebangsaan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya