TAMPIN 9 Mei – Penyandang kerusi Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, di sini pada pukul 2.55 petang ini. Kerusi Parlimen itu ditandingi oleh beliau, Dr. Hasan Baharom (gabungan pembangkang PKR) dan Mejar (B) Abdul Halim Abu (Pas). Orang ramai mula tiba di pusat mengundi itu seawal pukul 7 pagi. Pada sebelah pagi, Shaziman yang juga Pengerusi BN Parlimen Tampin menghabiskan masa melawat barong semakan pemilih BN di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, Gemencheh dan Gemas. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya