KOTA KINABALU 11 Mei – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan Sabah (Warisan) diketuai Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bergerak ke Istana Negeri untuk berjumpa Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Perjumpaan tersebut dipercayai bagi memaklumkan kepada Tun Juhar tentang kejayaan Warisan memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri. Difahamkan, lima ADUN BN daripada UPKO telah menyertai Warisan, namun masih belum ada pengesahan setakat ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya