SEKALUNG tahniah kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 pada malam Sabtu lalu. Walaupun pelantikan beliau diselubungi insiden ‘lompat’ oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) yang menyertai Warisan tetapi itulah hakikatnya dunia politik, dulu lawan kini kawan. Tiada siapa menyangka Mohd. Shafie yang pernah memakai baju lokap berwarna oren kerana berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang penyelewengan peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahun lalu, kini menjadi pemimpin kerajaan nombor satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya