SURABAYA 13 Mei- Presiden Indonesia, Joko Widodo menyifatkan serangan nekad kumpulan Daesh di tiga gereja di bandar Surabaya sebagai ‘kejam’ dan mengarahkan polis memburu penjenayah berkenaan. Dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis, Tito Karnavian, Jokowi berkata dalam serangan itu, dua kanak-kanak digunakan untuk tujuan pengeboman itu. “Saya telah mengarahkan polis memburu dan memecahkan rangkaian penjenayah,” katanya. Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 40 cedera apabila tiga buah gereja dibom dalam beberapa insiden berasingan termasuk serangan pengebom berani mati – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya