KOTA KINABALU 25 Mei – Sebanyak 180 jenis juadah yang berkonsepkan Selera Kampung boleh dinikmati di Sutera Harbour Resort sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Konsep itu diperkenalkan bagi membangkitkan kemeriahan suasana selain menghidangkan menu terkenal dan istimewa sesuai dengan citarasa tempatan. Eksekutif Chef, Chandran Narayanan berkata, antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti Kambing Bakar ala Arab, Roti Arab, lemang, serunding daging, Nasi Kandar, Nasi Kerabu, ikan dan sotong bakar. “Selain itu, hidangan minuman pula seperti air bandung, air tebu dan beberapa jenis perisa air lain yang sememangnya tidak mengecewakan pelanggan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya