SHAH ALAM 16 Mei – Menyelesaikan isu penstrukturan industri air di Selangor kini menjadi keutamaan kepada kerajaan Pakatan Harapan di negeri ini. Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini dalam sidang akhbar sempena pengumuman portfolio Exco negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. “Sekarang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) kawan kita, Putrajaya pula sahabat kita. “Kita akan selesaikan segera Isu ini. Keutamaan kita memuktamadkan penstrukturan industri air di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya