TIGA malam penuh nostalgia. Bersorak, berdansa dan berlagu sepanjang dua jam persembahan, KRU menoktahkan perjalanan seni di pentas persembahan yang ditempuh selama 25 tahun dengan penuh bergaya. Biar sesekali terdengar sebak di hujung suara tatkala berkongsi cerita, pilihan lagu Apa Saja dan Jangan Lafazkan sebagai ‘ucapan selamat tinggal’ mengundang rasa sayu dengan ‘perpisahan’ itu. Namun KRU meminta agar peminat tidak bersedih, malah mahu setiap daripada mereka mengenang dan mengabadikan penampilan terakhir itu sebagai tanda terima kasih khusus buat peminat setia yang selama ini membesar dan menyokong mereka. Menyanyi, menari dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya