Rakyat menarik nafas lega peralihan kuasa buat pertama kali dalam sejarah demokrasi 61 tahun Malaysia berjalan aman. Memasuki minggu ketiga, rakyat umumnya semakin terbiasa dengan perubahan yang berlaku. Pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) bersikap budiman lantas menerima realiti pilihan rakyat. Begitu juga politikus dan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang pertama kali menikmati kuasa Putrajaya, tidak beraksi keterlaluan. Cuma ada beberapa politikus yang bersikap berlebih-lebihan sehingga terkesan mahu membalas dendam dan lebih mengutamakan kepentingan politik. Barangkali mereka lupa keadaan sudah berubah. Malaysia telah memasuki era politik baharu. Rakyat sebagaimana trend…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya