EH, betul ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hendak dimansuhkan? Tanya seorang teman kepada Kalam baru-baru ini. Kalam hanya membatu diri dan biarkan sahaja soalan itu diajukan. Kemudian dia berkata, kalau betullah parah kita nanti. Selama ini pun katanya, terdapat puak-puak liberal di negara ini seperti kumpulan G25 sejak tiga tahun lalu mahu Jakim dimansuhkan. Bukan setakat Jakim malah hukuman terhadap perbuatan maksiat (khalwat) juga mahu dihapuskan atas alasan melanggar hak kebebasan seseorang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau betullah berita ini, apa akan jadi dengan Malaysia selepas ini?…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya