KUALA LUMPUR 15 Mei – Ketidak tentuan mengenai bila cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dihapuskan sedikit sebanyak mengganggu pasaran jualan kenderaan kerana para pembeli berharap harga akan turun selepas pemansuhan cukai berkenaan. Menurut Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman, kerajaan perlu membuat keputusan segera berhubung isu tersebut. “Para pembeli ketika ini mengharapkan agar pembatalan ini (GST) akan menurunkan harga kereta. Oleh itu saya berpendapat kerajaan perlu membuat keputusan segera kerana para pembeli sanggup menunggu janji pilihan raya,” kata Zainuddin menerusi aplikasi WhatsApp,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya