KOTA KINABALU 12 Mei – Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman menafikan laporan di media sosial yang mengatakan beliau telah meletakkan jawatan. Beliau berkata, semua ahli Kabinet negeri yang telah dilantik juga masih sah tanpa ada sesiapa yang meletakkan jawatan. “Biar saya tegaskan bahawa saya atau semua ahli Kabinet negeri tidak meletak jawatan. “Malah, saya telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri selepas tamat pilihan raya umum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya