GUA MUSANG 18 Mei – Seorang penternak di Kampung Meranto di sini kerugian lebih RM10,000 selepas sangkar ikannya musnah dirosakkan dua ekor gajah liar tiga hari berturut-turut. Che Ariffin Husain, 63, berkata, selain itu lebih 50 pokok kelapa dan pisang yang ditanam di kawasan itu turut dimusnahkan haiwan terbabit. Katanya, gajah berkenaan telah menyerang lapan sangkar yang menempatkan 10,000 ekor ikan keli, talapia dan patin yang diternaknya lebih dua tahun lalu. “Bermula Rabu lalu, kira-kira pukul 3 pagi, gajah berkenaan telah merosakkan tanaman dan sangkar ikan. “Sebelum ini saya dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya