KANGAR 14 Mei – Sambutan terhadap mempelam harumanis terus hebat apabila lebih lima tan metrik buah tersebut telah terjual di Singapura sejak awal bulan ini. Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, jumlah tersebut dijangka meningkat dengan sasaran sebanyak 12 tan metrik buah berkenaan terjual di negara itu selepas ini. Katanya, permintaan tersebut adalah berdasarkan sambutan rakyat Singapura yang begitu menyukai buah mempelam tersebut yang hanya terdapat di negeri ini. “Ramai rakyat Singapura yang menyatakan harumanis mempunyai kelainan tersendiri kerana baunya yang harum, manis selain sedap.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya