LONDON 28 Mei – Selepas melakukan imbasan terhadap bahu Mohamed Salah, penyerang Liverpool itu dijangka cergas untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Mesir dalam Piala Dunia 2018 bermula Jun ini. Pemain Terbaik Tahunan itu cedera dan terpaksa dibawa keluar pada minit ke-26 ketika The Reds tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara, Sabtu lalu. Berdasarkan pasukan perubatan Mesir, bahu Salah hanya terseliuh dan bukannya dislokasi. Masa untuk pulih di antara 10 hari hingga tiga minggu. Mesir berharap dapat menggunakan Salah bagi menghadapi Uruguay dalam aksi pembukaan Kumpulan A…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya